Saturday, October 24, 2009

Doa Yang Mustajab

Di zaman khalifah bani Umayyah, terjadilah kejadian kepada Sa'id bin Zaid, menjadilah penduduk Madinah menceritakandalam zaman yang panjang.
Demikian itu kerana Arwa binti Uwais menyangka bahawa Sa'id bin Zaid melebihkan sedikit dari tanahnya, lalu mengumpulkannya ke dalam tanahnya dan dia berusaha memfitnah dan mencela kehormatan Sa'id bin Zaid di tengah-tengah kaum muslimin dan dia juga menceritakannya.
Kemudian dia melaporkan perkaranya itu kepada Marwan bin Al-Hakam. Maka Marwan bin Al-Hakam mengirimkan utusan terdiri dari beberapa orang untuk mengadakan pembicaraan dengan Sa'id bin Zaid tentang laporan Arwa, maka sulit perkaranya itu terhadap seorang sahabat Rasulullah SAW di mana dia berkata : "Mereka memandangku aku berbuat zalim kepadanya, bagaimana aku boleh berbuat zalim kepadanya? kerana aku benar-benar telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa mengurangi sejengkal tanah (milik orang lain) maka kelak pada hari kiamat sejengkal tanah sampai tujuh lapis bumi akan dikalungkan di lehernya".


Kemudian dia berdoa: " Ya Allah, sesungguhnya dia telah menyangka, bahawa aku telah berbuat zalim kepadanya.

Oleh kerana itu apabila dia dusta, maka butakanlah penglihatannya dan lemparkanlah dia ke dalam periginya yang dia pertentangkan padakau; dan nampakkanlah dari kebenranku akan cahaya yang akan menjelaskan kaum muslimin bahawa aku tidak berbuat zalim kepadanya".

Maka belum lama setelah doanya itu, sehingga banjir melanda lembah-lembah gunung, belum pernah terjadi sama sekali banjir seperti itu, lalu terbelah batas tanah yang keduanya memperselisihkannya dan jelaslah kaum muslimin bahawa Sa'id bin Zaid adalah orang yang benar dan setelah banjir ini, wanita tidak sampai sebulan matanya menjadi buta dan disaat-saat kebutaannya itu mengelilingi tanahnya, jatuhlah dia ke dalam perigi.

Berkata Abdullah bin Umar: Seawaktu kami masih kecil, kami mendengar seorang berkata kepada orang lain: " Semoga Allah membutakan matamu, seperti Allah membutakan mata Arwa.

Dan demikian itu tidak hairan, kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" Takutlah akan doanya orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya diantara doanya itu dengan Allah tidak ada tutup".

Maka lalu bagaimana apabila yang teraniaya itu adalah Sa'id bin Zaid, yang salah seorang dari sepuluh orang sahabat yang telah dijanjikan syurga.

Susah senang itu biasa, asal ada iman

Sebagaimana senangnya kita menerima siang, kita pun harus senang menerima malam. sebagaimana siapnya kita menerima terang, kita pun harus siap menerima datangnya kegelapan. inilah sebahagian dari hikmah pergantian siang dan malam sebagaimana senangnya kita menerima kesenangan , kita pun mesti senang (baca: redha, ikhlas, sabaar, dan syukur) menerima kesulitan.

Wednesday, October 14, 2009

kasih kekasih

berkasihlah berpada-pada,
kasih abadi pada yang Esa