Saturday, February 28, 2015

Nota Ulum Hadis PQS



Nota Padat PQS
ULUM HADIS

1. Hadis dari segi bahasa ialah baru manakala pada istilah ialah perkataan, percakapan dan perkhabaran,
perbuatan, taqrir dan sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
2. As-Sunnah : Dari segi bahasa : Perjalanan, gaya dan tingkah laku dalam kehidupan. Dari segi istilah :
Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad dari perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat.
3. Al-Khabar : Dari segi bahasa : Berita yang disampaikan. Dari segi istilah : Sesuatu yang disandarkan
kepada Nabi Muhammad dari perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat yang dinisbahkan kepada sahabat
atau Tabi’in samada perbuatan atau perkataan.
4. Al-Athar : Dari segi bahasa : Kesan atau bekas daripada sesuatu. Dari segi istilah : Ia biasa digunakan
dengan maksud sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad dari perkataan, perbuatan, taqrir
atau sifat yang dinisbahkan kepada sahabat atau Tabi’in samada perbuatan atau perkataan.
5. Pengertian ulum hadis ialah suatu kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan samada
diterima atau ditolak.
6. Orientalis ialah golongan cerdik pandai orang Eropah yang terdiri daripada orang yahudi, kristian dan
lain-lain yang membenci islam.
7. Ilmu hadis riwayah ialah suatu pengetahuan mengenai perkara yang disandarkan kepada junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W. secara khusus samada perkataan, perbuatan, taqrir, sifat dan tingkah laku.
8. Ilmu hadis dirayah ialah suatu ilmu untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari sudut diterima
atau ditolak yang berhubung kait dengannya.
9. Hadis nabawi segi bahasa ialah baru atau percakapan atau perkhabaran manakala dari segi istilah
ialah perkataan, perbuatan takrir dan sifat yang disandarkan kepada Rasulullah.
10. Hadis qudsi ialah sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui ilham atau mimpi
kemudian baginda menyampaikannya dengan menggunakan perkataan baginda sendiri.
11. Hadis mutawatir dari segi bahasa ialah berterusan atau berturutan manakala dari segi istilah ialah
suatu hadis yang diriwayatkan sejumlah perawi atau sanad yang ramai dan pada adat adalah mustahil
mereka berpakat melakukan pendustaan terhadap hadis Rasulullah.
12. Hadis mutawatir lafzi - Hadis yang mutawatir lafaznya dan hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang
ramai dan lafaz serta makna hadis tersebut adalah sama.
13. Hadis mutawatir maknawi- Hadis yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan susunan
lafaznyadan hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang ramai.
14. Hadis ahad ialah hadis yang tidak memenuhi syarat hadis mutawatir dan setengah ulama
mengatakannya sebagai hadis yan tidak mencapai darjah mutawatir.
15. Hadis mayshur : Hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau lebih perawi dan tidak mencapai darjah
mutawatir.
16. Hadis ‘Aziz ialah hadis yang diriwayatkan oleh dua orang rawi walaupun dalam satu generasi dan
kemudiannya diriwayatkan oleh ramai rawi.
17. Hadis gharib ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang rawi sahaja iaitu hampir seluruh rawinya bagi
setiap generasi hanya seorang sahaja.
18. Hadis sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang bersifat adil dan mempunyai ingatan yang
kuat, sanadnya hendaklah bersambung serta tidak mempunyai kejanggalan dan kecacatan yang boleh
menyebabkan sesuatu hadis itu rosak.
19. Hadis Hasan ialah hadis yang diriwayatkan oleh seseorang yang bersifat adil tetapi tidak begitu kuat
ingatannya , sanadnya bersambung dan tidak terdapat kecacatan serta kejanggalan pada matannya.
20. Hadis Dha’if ialah hadis yang tidak memenuhi satu atau lebih syarat hadis sahih atau hadis hasan.
21. Hadis Marfu’ Dari segi bahasa : Yang diangkat. Pengertian dari segi istilah : Hadis yang disandarkan
kepada Rasulullah samada perkataan,perbuatan atau pengakuan atau sifat-sifat baginda.
22. Hadis Mauquf : Hadis yang disandarkan kepada sahabat hadis ini dihubungkan kepada rasulullah.
23. Hadis Mursal :Hadis yang disandarkan oleh tabi’in kepada Rasulullah tanpa menyebut nama sahabat .
24. Hadis Maktu’: Hadis yang disandarkan kepada tabi’in sahaja samada perkataan atau perbuatan,
tanpa dikaitkan dengan sahabat atau Rasulullah.
25. Hadis Syaz : Diriwayatkan oleh perawi yang makbul dan siqah tetapi bercanggah dengan perawi-perawi
lain yang lebih siqah daripadanya.
26. Hadis maudu’ : Hadis palsu yang yang cipta oleh pendusta, samada kata-katanya sendiri atau dari
orang lain yang kemudiannya disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan sengaja atau tidak.
27. Al-Muhaddis : Gelaran untuk ulama’ yang menguasai hadis samada dari segi riwayah atau dirayah,
seperti mampu membezakan hadis dhaif dan sahih, mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan hadis
dan hal-hal yang berkaitan dengan ilmu hadis dan ulama yang menguasai kurang daripada 100 000
hadis.
28. Al-Hafiz : Gelaran yang memiliki sifat-sifat al-Muhaddis di samping dapat menghafaz dan menguasai
lebih daripada 100,000 hadis dari segi sanad dan matannya.
29. Al-Hujjah : Gelaran untuk ulama’ yang memiliki sifat-sifat al-Muhaddis dan menghafaz serta menguasai
lebih daripada 300,000 hadis dari segi sanad dan matannya.
30. Al-Hakim : Gelaran untuk ulama’ yang memiliki sifat-sifat al-Muhaddis dan dapat menghafaz serta
menguasai melebihi 700,000 hadis dari segi sanad dan matannya.



Nota Ulum Al Quran PQS



Nota Padat PQS
ULUM AL-QURAN

1. Ulum al-quran dita’rifkan sebagai satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang al-Quran dan perkara yang
berkaitan dengannya.
2. Ilmu Jam’ul Quran :Hasil pengumpulan al-Quran disebabkan kematian ramai para huffaz dalam
peperangan riddah
3. Resam Usmani :Hasil penyatuan al-Quran dari pelbagai mashaf ke dalam satu mashaf Usmani .
4. I’rab al-Quran :Hasil pembukuan kaedah nahu bahasa arab oleh Abu Aswad ad-Duali, Yahya bin
Yakmur dan Khalil bin Ahmad.
5. Nama-nama al-Quran ialah al-Kitab, al-Furqan, Az-Zikr dan al-Tanzil.
6. Sifat-sifat al-Quran seperti an-Nur(cahaya yang menerangi kegelapan) , al-Mubin (menerangkan
sesuatu), al-Huda (petunjuk),Ar-Rahmah (kerahmatan ).
7. Mukjizat : Segi bahasa bermaksud melemahkan manakala dari segi istilah ditakrifkan sebagai perkara luar
biasa yang dianugerahkan oleh Allah kepada seseorang rasul sebagai bukti kebenaran risalah yang dibawa
kepada umat manusia.
8. Mujizat Hissi (___) ialah mukjizat yang dapat dikesan dan dilihat oleh pancaindera seperti tongkat nabi
musa menjadi ular.
9. Mujizat Maknawi ( Ù‰____ ) ialah mukjizat yang dapat dikesan dan dihayati melalui minda dan mata hati
seperti al-Quran.
10. Sihir- Perkara yang dilakukan oleh manusia dengan pertolongan syaitan untuk menyesatkan
manusia.Contoh : Tongkat ahli sihir firaun menjadi ular.
11. Silap mata- Sesuatu tipu muslihat yang dilakukan manusia melalui kepantasan tangan dan
teknikal.Contoh : Mengeluarkan burung dari sapu tangan.
12. Ilham- Perolehan sesuatu idea oleh manusia samada secara sepontan melalui mimpi atau proses
berfikir.Contoh : Ijtihad seseorang mujtahid.
13. Irhas ( ص_ إره )- Perkara yang berlaku kepada para nabi sebelum mereka diutus menjadi rasul.Contoh :
Peristiwa malaikat membelah dada nabi Muhammad.
14. Istidraj ( راج ___ إ ) - Sesuatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada manusia untuk menambahkan lagi
kesesatan mereka.Contoh : Kekayaan dan kekuasaan yang diberikan kepada Firaun.
15. Maunah ( _____ ) - Pertolongan Allah kepada manusia biasa untuk menyelamatkan mereka dari sesuatu
malapetaka atau bencana.Contoh : Terselamat daripada nahas kapal terbang.
16. Karamah ( __ ا_ آ ) - Sesuatu kelebihan yang diberi oleh Allah kepada hamba yang beriman dan
bertakwa.Contoh : Memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa di medan jihad.
17. Aspek mukjizat al-Quran : Dari aspek bahasa, -mempunyai bahasa yang tinggi dan indah, isi
kandungan- Menceritakan sejarah dahulu kala, perkara ghaib , hari pembalasan, syariat dan hukum
hakam. Dari aspek ilmu pengetahuan- Penemuan sains bertepatan dengan ayat al-Quran. ( kejadian siang
dan malam , kejadian makhluk berpasangan )
18. Wahyu dari segi bahasa membawa lima maksud :
- Ilham fitri yang diberikan oleh Allah kepada orang biasa.
- Ilham gharizi yang diberi oleh Allah kepada haiwan.
- Isyarat pantas yang diberikan oleh Nabi Zakaria kepada kaumnya.
- Bisikan dan godaan syaitan terhadap manusia.
- Perintah Allah kepada para malaikat untuk melakukan sesuatu.
19. Wahyu ialah kalamullah yang diturunkan kepada seseorang nabi atau rasul mengikut cara yang khusus.
20. Penurunan wahyu : Melalui malaikat.
- Malaikat datang dengan rupa asalnya dan bunyi yang nyaring.
- Malaikat datang dengan rupa lelaki dewasa.
21. Penurunan wahyu : Tanpa perantaraan malaikat:
- Melalui mimpi yang baik.
- Melalui percakapan di sebalik hijab (tabir) secara sedar.
22. Wahyu al-Quran : Diturunkan melalui jibril dengan kedua-dua lafaz dan maknanya daripada Allah dan
sampai kepada kita secara mutawattir.
23. Wahyu hadis : Diturunkan melalui ilham, mimpi atau bicara di sebalik hijab, maknanya daripada Allah
manakala lafaznya daripada baginda Rasulullah sendiri.
24. Wahyu pertama : Surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 ( Pendapat paling rajih ).
25. Wahyu terakhir :Surah al-Baqarah ayat 281 yang berkaitan dengan hari kematian dan hari pembalasan
di akhirat. ( Pendapat paling rajih ).
26. Nuzul quran bermaksud proses penurunan wahyu al-Quran mengikut cara-
27. Peringkat penurunan al-Quran :
- Peringkat pertama sebelum diturunkan ke bumi, al-Quran pada mulanya berada di Luh Mahfuz.
- Peringkat kedua, al-Quran diturunkan ke suatu tempat bernama Baitul Izzah yang terletak di langit
dunia.
- Peringkat ketiga, al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada baginda
melalui Jibril alaihissalam
28. Makkiyyah ialah ayat dan surah yang diturunkan sebelum hijrah Rasulullah ke Madinah.
29. Makkiyyah ialah ayat atau surah yang diturunkan selepas hijrah.
30. Mashaf Al-Imam : Naskhah yang disimpan di Madinah sebagai rujukan manakala enam naskhah lain
telah dihantar ke wilayah-wilayah Islam iaitu Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Yaman dan Bahrin.
31. Tafsir dari segi bahasa ialah bermaksud terang dan jelas
32. Ilmu fardhu ain- Ilmu asas yang wajib dipelajari oleh setiap muslim. Contohnya ilmu akidah, syariah
,akhlak dan sebagainya.
33. Ilmu fardhu kifayah- Ilmu yang wajib dipelajari untuk memenuhi keperluan diri, masyarakat dan negara
seperti ilmu perubatan, perniagaan, teknologi, pertanian dan sebagainya.
34. Ulama ialah orang yang mewarisi ilmu Nabi dan menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat.
35. Akhlak ialah perbuatan, perkataan dan tingkah laku yang elok serta indah berpandukan al-Quran dan as-
Sunnah Rasulullah.
36. Jihad bermaksud setiap usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga serta kekuatan demi untuk
mencapai matlamat dan cita- cita mulia iaitu Islam.
37. Al-Amir – Pemimpin diperingkat tertinggi seperti pemimpin masyarakat atau pemimpin negara.
38. Al-Rijal – Pemimpin yang memimpin diperingkat rendah seperti bapa atau suami dalam sebuah keluarga.
39. Al-Mar’ah – Ibu atau suami yang membantu bapa atau suami memimpin dalam sesebuah keluarga
40. Al-Abdu – ialah pekerja yang diamanahkan oleh majikan dengan tanggung jawab tertentu.
41. Niat dari segi bahasa ialah kehendak hati atau tujuan hati. Manakala dari segi istilah ialah gerak hati ke
arah melaksanakan suatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhoan Allah.
42. Ikhlas dari segi bahasa ialah bersih dan suci manakala dari segi istilah ialah niat yang tulus dan murni
kerana Allah dalam melakukan segala amalan dan pekerjaan.
43. Hijrah dari segi bahasa ialah berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain.
44. Kaedah penyelesaian masalah menurut al-Quran dan al-Sunnah :
- Cara motivasi – Menggalakkan manusia berlumba-lumba membuat kebaikan.
- Cara ancaman – mengingatkan manusia supaya berhati-hati terhadap perkara-perkara buruk.
- Cara teguran yang membina – Memberi teguran yang baik kepada seseorang.
- Cara perdebatan yang harmonis – Berhujjah menegakkan sesuatu kebenaran.
- Cara permesyuaratan – Berbincang mencari penyelesaian.
- Cara penyerahan ( Tawakkal ) – menyandarkan harapan kepada Allah.
- Cara penyeksaan ( Azab ) – Menghukum sesiapa yang menyalahi perintah al-Quran dan al-Sunnah.