PQS

Bahan PQS


NOTA PADAT AKHLAK

 

1. Konsep amar maaruf dan nahi munkar ialah menyeru atau mengajak manusia melakukan kebaikan

dan mencegah daripada melakukan sesuatu kejahatan atau maksiat.

2. Konsep berhias diri menurut Islam ialah kaedah mengindahkan diri dengan memakai pakaian yang

menutup aurat dan berhias mengikut batas-batas syarak.

3. Pengertian tempat rekreasi ialah tempat untuk melakukan kegiatan yang menyeronokkan bagi

mengembalikan kesihatan badan serta melapangkan fikiran .

4. Alam ialah segala yang ada di langit dan di bumi. Sebagai makhluk yang dilantik oleh Allah menjadi

khalifah di muka bumi ini, manusia bertanggung jawab memelihara dan menjaga alam.

5. Sedekah ialah pemberian atau derma secara sukarela untuk membantu individu dan masyarakat di

samping mendapat ganjaran daripada Allah.

6. Hadiah ialah pemberian sesuatu tanpa mengharapkan balasan yang bertujuan memuliakan atau memberi

penghormatan kepada penerima.

7. Pidato adalah ucapan yang membicarakan sesuatu perkara yang disampaikan kepada khalayak ramai.

8. Ceramah dan syarahan : Digunakan untuk memperkatakan isu-isu tertentu. Menggunakan nas sebagai

hujjah dan mentafsirkan nas sesuai dengan tajuk. Pemidato akan membuat teguran, nasihat dan cadangan.

9. Khutbah : Disampaikan sempena ibadat tertentu seperti solat jumaat , solat sunat dua hari raya dan

sebagainya. Mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.

10. Debat : Debat melibatkan dua pihak atau lebih yang mempunyai pandangan berbeza.Setiap pihak

diberikan peluang untuk mengemukakan, mematahkan dan menyokong hujjah.

11. Kuliah agama : Merujuk pengajian agama di surau, masjid dan di mana-mana sahaja.Pengajian

berdasarkan kitab-kitab atau tajuk-tajuk tertentu.

12. Forum : Melibatkan dua orang atau lebih ahli panel dan seorang pengerusi.Ahli panel diberi peluang untuk

mengemukakan hujjah. Para penonton atau pendengar diberi peluang untuk menyoal ahli panel.

13. Negara Islam bermaksud negara yang didiami dan diperintah oleh umat islam serta dilaksanakan syariat

islam.

14. Musafir dari segi bahasa ialah orang yang sedang dalam perjalanan atau pengembaraan. Dari segi istilah

ialah mereka yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan yang baik.

15. Jual beli dari segi bahasa ialah menukar suatu barang dengan suatu barang yang lain manakala dari segi

istilah bermaksud akad pertukaran barang dengan barang yang membawa kepada pemilikan selamalamanya.

16. Maksud berjuang ialah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai

kecemerlangan menurut syariat islam

17. Pemimpin ialah orang yang mengetuai dan mengendalikan orang yang di bawah pimpinannya dalam

sesebuah organisasi seperti keluarga, masyarakat, pertubuhan dan negara berasaskan syariat Islam.

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.