Mutiara Kata, Motivasi Kehidupan
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan
telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan
layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting
dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada
bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan
pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi
diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan
yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam
kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam
yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula
menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia
mula bercakap kosong.
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh
itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu
tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu
sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.