Saturday, February 28, 2015

Nota Ulum Hadis PQS



Nota Padat PQS
ULUM HADIS

1. Hadis dari segi bahasa ialah baru manakala pada istilah ialah perkataan, percakapan dan perkhabaran,
perbuatan, taqrir dan sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
2. As-Sunnah : Dari segi bahasa : Perjalanan, gaya dan tingkah laku dalam kehidupan. Dari segi istilah :
Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad dari perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat.
3. Al-Khabar : Dari segi bahasa : Berita yang disampaikan. Dari segi istilah : Sesuatu yang disandarkan
kepada Nabi Muhammad dari perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat yang dinisbahkan kepada sahabat
atau Tabi’in samada perbuatan atau perkataan.
4. Al-Athar : Dari segi bahasa : Kesan atau bekas daripada sesuatu. Dari segi istilah : Ia biasa digunakan
dengan maksud sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad dari perkataan, perbuatan, taqrir
atau sifat yang dinisbahkan kepada sahabat atau Tabi’in samada perbuatan atau perkataan.
5. Pengertian ulum hadis ialah suatu kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan samada
diterima atau ditolak.
6. Orientalis ialah golongan cerdik pandai orang Eropah yang terdiri daripada orang yahudi, kristian dan
lain-lain yang membenci islam.
7. Ilmu hadis riwayah ialah suatu pengetahuan mengenai perkara yang disandarkan kepada junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W. secara khusus samada perkataan, perbuatan, taqrir, sifat dan tingkah laku.
8. Ilmu hadis dirayah ialah suatu ilmu untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari sudut diterima
atau ditolak yang berhubung kait dengannya.
9. Hadis nabawi segi bahasa ialah baru atau percakapan atau perkhabaran manakala dari segi istilah
ialah perkataan, perbuatan takrir dan sifat yang disandarkan kepada Rasulullah.
10. Hadis qudsi ialah sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui ilham atau mimpi
kemudian baginda menyampaikannya dengan menggunakan perkataan baginda sendiri.
11. Hadis mutawatir dari segi bahasa ialah berterusan atau berturutan manakala dari segi istilah ialah
suatu hadis yang diriwayatkan sejumlah perawi atau sanad yang ramai dan pada adat adalah mustahil
mereka berpakat melakukan pendustaan terhadap hadis Rasulullah.
12. Hadis mutawatir lafzi - Hadis yang mutawatir lafaznya dan hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang
ramai dan lafaz serta makna hadis tersebut adalah sama.
13. Hadis mutawatir maknawi- Hadis yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan susunan
lafaznyadan hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang ramai.
14. Hadis ahad ialah hadis yang tidak memenuhi syarat hadis mutawatir dan setengah ulama
mengatakannya sebagai hadis yan tidak mencapai darjah mutawatir.
15. Hadis mayshur : Hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau lebih perawi dan tidak mencapai darjah
mutawatir.
16. Hadis ‘Aziz ialah hadis yang diriwayatkan oleh dua orang rawi walaupun dalam satu generasi dan
kemudiannya diriwayatkan oleh ramai rawi.
17. Hadis gharib ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang rawi sahaja iaitu hampir seluruh rawinya bagi
setiap generasi hanya seorang sahaja.
18. Hadis sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang bersifat adil dan mempunyai ingatan yang
kuat, sanadnya hendaklah bersambung serta tidak mempunyai kejanggalan dan kecacatan yang boleh
menyebabkan sesuatu hadis itu rosak.
19. Hadis Hasan ialah hadis yang diriwayatkan oleh seseorang yang bersifat adil tetapi tidak begitu kuat
ingatannya , sanadnya bersambung dan tidak terdapat kecacatan serta kejanggalan pada matannya.
20. Hadis Dha’if ialah hadis yang tidak memenuhi satu atau lebih syarat hadis sahih atau hadis hasan.
21. Hadis Marfu’ Dari segi bahasa : Yang diangkat. Pengertian dari segi istilah : Hadis yang disandarkan
kepada Rasulullah samada perkataan,perbuatan atau pengakuan atau sifat-sifat baginda.
22. Hadis Mauquf : Hadis yang disandarkan kepada sahabat hadis ini dihubungkan kepada rasulullah.
23. Hadis Mursal :Hadis yang disandarkan oleh tabi’in kepada Rasulullah tanpa menyebut nama sahabat .
24. Hadis Maktu’: Hadis yang disandarkan kepada tabi’in sahaja samada perkataan atau perbuatan,
tanpa dikaitkan dengan sahabat atau Rasulullah.
25. Hadis Syaz : Diriwayatkan oleh perawi yang makbul dan siqah tetapi bercanggah dengan perawi-perawi
lain yang lebih siqah daripadanya.
26. Hadis maudu’ : Hadis palsu yang yang cipta oleh pendusta, samada kata-katanya sendiri atau dari
orang lain yang kemudiannya disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan sengaja atau tidak.
27. Al-Muhaddis : Gelaran untuk ulama’ yang menguasai hadis samada dari segi riwayah atau dirayah,
seperti mampu membezakan hadis dhaif dan sahih, mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan hadis
dan hal-hal yang berkaitan dengan ilmu hadis dan ulama yang menguasai kurang daripada 100 000
hadis.
28. Al-Hafiz : Gelaran yang memiliki sifat-sifat al-Muhaddis di samping dapat menghafaz dan menguasai
lebih daripada 100,000 hadis dari segi sanad dan matannya.
29. Al-Hujjah : Gelaran untuk ulama’ yang memiliki sifat-sifat al-Muhaddis dan menghafaz serta menguasai
lebih daripada 300,000 hadis dari segi sanad dan matannya.
30. Al-Hakim : Gelaran untuk ulama’ yang memiliki sifat-sifat al-Muhaddis dan dapat menghafaz serta
menguasai melebihi 700,000 hadis dari segi sanad dan matannya.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.