Nota Padat PQS
PENGAJIAN
AL-QURAN
1. Mempersendakan agama : Menjadikan apa yang
diperintah oleh agama sebagai bahan mainan dan
senda gurau .
2. Golongan yang mempersendakan agama : Orang fasik,
anti hadis,orang munafik dan ahli bida’h.
3. Syirik : Menyekutukan Allah dengan benda-benda lain.
4. Syirik Jali iaitu syirik yang jelas seperti
menyembah batu, matahari.
5. Syirik Khafi iaitu syirik yang tersembunyi dan
tidak disedari seperti solat untuk dikatakan wara’ dan untuk
dipuji .
6. Fardhu ain : Wajib dilakukan oleh setiap orang
seperti solat lima waktu, haji dan zakat.
7. Fardhu kifayah : Wajib kepada sebahagian umat
Islam sahaja seperti solat jenazah.
8. Bentuk-bentuk persediaan untuk menghadapi musuh-musuh
Allah : Iman, Ikhwah, Ilmu ,
Jasmani ,Maddiyah .
9. Sabar : Sabar menghadapi ujian Allah dan sabar
daripada mengikut hawa nafsu yang mengajak ke arah
kejahatan.
10. Khurafat : Kepercayaan dan amalan yang
bertentangan dengan syarak seperti memuja kubur yang
dianggap keramat dan memohon selain daripada Allah.
11. Kaum Nabi Nuh : Allah membinasakan mereka dalam
banjir yang besar.
12. Kaum Nabi Hud (Kaum Ad) : kemarau panjang selama
3 tahun. Disusuli angin ribut yang dahsyat
selama lapan hari tujuh malam.
13. Kaum Nabi Solih ( Tsamud) : Satu letusan suara
keras yang menggegarkan pada waktu pagi.
14. Kaum Nabi Ibrahim : Menimpakan ke atas mereka
runtuhan bangunan tanpa disedari.
15. Kaum Nabi Lut : Membalikkan tempat tersebut
kemudian disusuli hujan batu menimpa kepala.
16. Kaum Nabi Syuib (Madyan) : Satu gempa bumi yang
amat dahsyat.
17. Kaum Nabi Musa : Kemarau, ribut taufan, serangan
serangga ( belalang , kutu ) dan katak serta menukar
air sungai menjadi darah.
18. Mukmin Berjaya : Khusuk dalam solat, Menjauhi
perkara sia-sia, Mengeluarkan zakat, Menjaga
kehormatan diri. Memelihara amanah dan menunaikan janji
,Menjaga waktu solat.
19. Wasiat Lukmanul hakim :
- Bersyukur kepada Allah dengan nikmat yan g dikurniakan.
- Menjauhi perkara-perkara syirik.
- Menghormati dan berbuat baik kepada ibu-bapa.
- Mengikuti jalan orang yang kembali kepada Allah.
- Mendirikan solat.
- Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.
- Bersabar menghadapi ujian.
- Tidak bersifat sombong.
- Tidak takbur dan memandang hina kepada seseorang.
- Bersederhana dalam perwatakan.
- Bersopan ketika berjalan dan merendahkan suara ketika
bercakap.
20. Tahap kehidupan manusia : Alam Roh, Alam Rahim ,
Alam Dunia, Alam barzah , Alam akhirat.
21. Teori tabie : Sebahagian para saintis tidak
percaya adanya pencipta yang maha kuasa. Mereka
mengatakan yang mencipta alam dan manusia ialah tabie.
22. Teori Evolusi.Teori evolusi diperkenalkan oleh
Charles Darwin pada tahun 1859 Masihi. Makhluk yang ada
dan semua sistem alam yang teratur, samada tumbuh-tumbuhan,
cakerawala atau manusia telah menjadi
sempurna sedikit demi sedikit oleh kuasa yang terkandung
dalam benda itu sendiri..
23. Taaruf : Berkenal-kenalan antara satu sama lain.
24. Kafir Zimmi ( __ ذ ): Orang kafir yang menetap dalam negara Islam serta patuh
dan taat kepada
pemerintah dan negara islam.
25. Kafir Mustakman ( ______ ): Orang kafir
yang malarikan diri dari negara asal mereka dan meminta
perlindungan negara Islam.
26. Kafir Muahad ( ه___ ) : Orang kafir yang membuat perjanjian dengan
negara Islam.
27. Kafir Harbi ( ___ ) : Orang kafir yang sentiasa
menunjukkan permusuhan dengan umat Islam dan negara
Islam.
28. Dakwah : Menyeru dan mengajak manusia ke jalan
Allah untuk melakukan perkara yang makruf dan
meninggalkan perkara yang mungkar.
29. Teknik dakwah yang berkesan :
- Kebijaksanaan ( Al-Hikmah )
- Nasihat yangbaik ( Al-Maui’zatul Hasanah )
- Berdebat dengan cara yang baik ( Al-Mujadalah )
30. Dosa besar : kesalahan yang akan diberi balasan
oleh Allah dengan azab yang pedih di akhirat dan
ditentukan hukuman semasa di dunia.
31. Dosa kecil : kesalahan yang tidak diberi
peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran oleh Allah
dengan azab yang pedih di akhirat.
32. Taubat dari segi bahasa kembali, manakala dari
segi syara’ berhenti daripada melakukan maksiat,
menyesal akan perbuatan lalu dan berazam tidak mengulangi.
33. Syarat-syarat taubat :
- Segera berhenti daripada melakukan maksiat berkenaan.
- Hendaklah menyesal terhadap dosa lalu.
- Berazam untuk tidak mengulangi lagi.
- Meminta maaf sekiranya melibatkan orang lain.
34. Istiqamah ialah tekal, tetap, berterusan dan
setiasa meningkatkan kebaikan.
35. Tawakal ialah berserah diri kepada Allah setelah
berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh.
36. Pengertian zina ialah persetubuhan yang
dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah
menurut hukum syara’.
37. Hukuman zina :
- Penzina belum berkahwin ( ____ _ ) dikenakan 100 kali rotan.
- Penzina sudah berkahwin ( ____ ) dikenakan rejam dengan
batu sampai mati.
38. Cara mensabitkan hukuman zina : Melalui saksi,
Pengakuan daripada orang yang melakukan zina
atau Bukti- Perempuan yang hamil tanpa suami.
39. Qazaf ialah menuduh seseorang perempuan yang
baik dan suci dengan tuduhan zina atau menafikan keturunan.
40. Li’an ialah sumpah seorang suami yang mendakwa
atau menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan keturunannya.
41. Aurat dari segi bahasa ialah sesuatu yang
mengaibkan. Dari segi syara’ ialah merupakan bahagian tubuh
badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi daripada
pandangan bukan mahram atau ajnabi.
42. Hidayah naluri ( ة_ ی___ ا _ ای _ ه )– Dalam bentuk semula
jadi sejak manusia dilahirkan. Contohnya bayi akan
menangis apabila lapar tanpa perlu ditunjuk ajar oleh
sesiapa.
43. Hidayah pancaindera ( اس ___ ا _ ای _ ه ) – Manusia dapat mengenal dan
membezakan sesuatu. Contohnya
melalui pendengaran, anak dapat mengenal suara ibu dan
bapanya.
44. Hidayah akal – Manusia mampu berfikir dan dapat
menentukan gerak-geri secara rasional. Hidayah ini
yang membezakan manusia daripada makhluk-makhluk lain.
45. Hidayah agama ( _ ی__ ا _ ای _ ه )– Kurniaan Allah kepada hambanya
yang boleh membezakan antara yang
hak dengan yang batil, benar dan sesat.
46. Hidayah taufik – Hidayah yang paling tinggi
dikurniakan Allah. Orang yang mendapat hidayah ini akan
beriman dan bertakwa kepada Allah dan akan menjalani hidup
dengan tenang dan selamat.
47. Iman ialah membenarkan dengan hati, iqrar dengan
lidah dan beramal dengan anggota. Orang yang
beriman ialah orang yang benar-benar percaya dan yakin sepenuhnya
kepada Allah.
48. Fasik ialah orang Islam yang berdosa kerana
berterusan melakukan larangan Allah dan meninggalkan
suruhannya.
49. Ashabul yamin –Golongan yang menerima suratan
amalan dengan tangan kanan dan mereka mendapat
balasan syurga.
50. Ashabus-syimal – Golongan yang menerima suratan
amalan dengan tangan kiri dan mereka akan
menderita dengan azab neraka Allah.
51. Al-Muqarrabun – Golongan yang paling hampir
dengan Allah. Mereka mempunyai kedudukan yang
istimewa bersama para Anbiya’ yang mendapat sebaik-baik
balasan di syurga.
52. Al-Quran ialah kalamullah yang mempunyai
mukjizat yang diturunkan melalui perantaraan jibril kepada
nabi Muhammad secara mutawatir dan membacanya menjadi
ibadah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.